Penutupan sementara Galeri Kewangan Islam

Galeri Kewangan Islam yang terletak di Aras 1, ditutup sementara kepada umum untuk kerja-kerja penaiktarafan pameran.

Sementara itu, pengunjung juga dialu-alukan melawat galeri-galeri lain di Muzium yang dibuka seperti biasa.
Galeri Kanak-Kanak, Galeri Ekonomi, Galeri Bank Negara Malaysia dan Galeri Numismatik dibuka untuk diterokai menerusi pameran interaktif mereka.
Manakala Galeri Seni di Aras 3, mempamerkan karya seni ulung berjudul ‘60 Koleksi Bank Negara Malaysia’ yang mengetengahkan karya seni tempatan yang diperoleh semenjak dekad 1960-an daripada pelbagai genre dan bahantara.

Nikmati kunjungan anda!

Maklumat Galeri

Terokai konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskas Islam, yang bermula di Timur Tengah, kemudian tersebar ke Eropah dan kini merangkumi seluruh dunia. Konsep perkongsian,penubuhan syarikat dan penggunaan cek kertas adalah di antara inovasi yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Tarikan Utama didalam Galeri

  • Vidio Interaktif Glob
  • Laluan Perdagangan Awal Islam