Sessions

Morning & Afternoon

All ages

From 7 to 17 Years Old

Museum and Art Gallery

Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia

Starts from October 2015

1 October 2015 - 28 November 2015

Muat Turun

Program Pendidikan Hari Kanak-kanak

Download

Children's Day Education Programme

Program / Programmes

Susun Suai Gambar Si Kijang (9-15 tahun)

Si Kijang Puzzle Race (9-15 years old)

Uji kemahiran adik-adik dengan cabaran susunsuai 50 keping gambar Si Kijang dalam masa 45 minit dan menangi hadiah. Adik-adik berpeluang mengenali elemen visual yang dipamerkan di Galeri Numismatik.

Test your skills by completing a 50 piece Si Kijang jigsaw puzzle within 45 minutes and win a prize.Children will have the opportunity to identify visual elements displayed in the Numismatics Gallery.

Apa itu Wang? (9-17 tahun)

What Is Money? (9-17 years old)

Tahukah adik-adik tentang asal-usul wang? Mengapakah wang sangat penting dalam kehidupan seharian? Pelajari sejarah awal pertukaran matawang, faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam bentuk duit dan konsep asas peredaran wang dalam pasaran.

Do you know the origin of money? Why is money important in our daily life? Learn the early history of currency exchange,factors that caused changes in the shape of money and the basic concepts ofthe circulation of money in a market.

Jom Buat Tabung (4-9 tahun)

Si Kijang Money Box (4-9 years old)

Pelajari konsep asas pendidikan kewangan menerusi sesi ‘Jom Buat Tabung’. Aktiviti menarik ini disediakan khusus untuk adik-adik yang berumur 4 hingga 9 tahun. Aktiviti menarik ini mendidik adik-adik bagaimana mengurus wang saku secara berhemah serta memberi peluang untuk adik-adik membuat tabung kertas sendiri.

Learn the basic concepts of financial education through a ‘JomBuatTabung’ session. This fun activity was developed specifically for children aged 4 to 9 years and teaches children how to manage their pocket money wisely as well as provides an opportunity for them to make their own paper-money box.

Sejak bilakah Ringgit digunakan? (13-17 tahun)

How Old is the Ringgit? (13-17 years old)

Dari manakah asalnya perkataan ‘Ringgit’? Taklimat selama 45 minit ini membawa adik-adik mengimbau kembali sejarah matawang yang pernah digunakan di Malaysia. Adik-adik akan menikmati sesi taklimat menarik ini yang dapat mencetuskan minat adik-adik dalam bidang numismatik dan mungkin melahirkan generasi penyelidik numismatik/pengumpul koleksi numismatik dimasa akan datang.

Where did the word ‘Ringgit’ come from? This 45-minute lecture takes you back in time to look at the history of money used in Malaysia. Children can get to enjoy this enlightening session which could spark interest in numismatics, perhaps creatingfuture numismatics researchers/collectors.


Children’s Day Special Programme (every Tuesday, Thursday and Saturday)

Bengkel Membuat Boneka ASEAN (7-12 Tahun)

ASEAN Puppet Making Workshop (7-12 years old)

Aktiviti untuk adik-adik yang berminat mempelajari seni membuat boneka. Adik-adik akan diajar cara untuk membuat boneka berdasarkan warisan serta budaya negara-negara ASEAN dengan menggunakan butang berwarna-warni, perada serta pakaian yang beraneka macam. Adik-adik juga berpeluang untuk membuat pertunjukan dengan menggunakan boneka yang dihasilkan sendiri.

An activity for those interested in learning the art of making hand puppets. Children will be encouraged to create their own hand puppets based on the ASEAN heritage and cultures from fancy buttons, glitters and colourful clothes. Take the opportunity to learn how to animate your hand puppet and run your own show.

Karya Agung Ku(4-6 tahun)

My Masterpiece (4-6 years old)

Program ini disediakan khas untuk melahirkan kesedaran dan memupuk minat terhadap dunia seni visual dalam diri adik-adik. Program ini membolehkan adik-adik merasa pengalaman mencipta hasil karya seni sendiri di dalam suasana sebenar di galeri seni.

This programme is specially designed to create awareness and appreciation of visual art in children. The programme will enable children to experience creating their own art pieces in an actual art gallery.

Mengumpul Mata Wang: Hobi dan Warisan (7-17 tahun)

ASEAN Countries Currency Collecting: Hobby and Heritage (7-17 years old)

Pelajari asas mengumpul mata wang sebagai hobi dan cara penjagaan koleksi warisan. Aktiviti amali ini memberi peluang kepada adik-adik untuk mempelajari cara penjagaan duit syiling dan wang kertas.

Learn the basics of currency collecting as a hobby and as a means of heritage preservation. In a hands-on activity, children have the opportunity to learn how to take care of coins and banknotes.

Detektif Matawang (7-17 Tahun)

Currency Detective (7-17 years old)

Pelajari ciri-ciri keselamatan Ringgit dengan menyertai sesi taklimat dan lakon peranan. Adik-adik berpeluang mengambil bahagian dalam permainan jual beli semasa sesi ini.

Learn more about the security features of the Ringgit by joining this interesting talk and role play activity that allows children to experience using money in a play environment.

Mata Wang Lama ASEAN yang Pelik dan Ganjil (7-12 tahun)

Unusual and Odd Shape of ASEAN Historical Currency (7-12 years old)

Tahukah adik-adik sejarah mata wang yang anih dan ganjil dari negara-negara ASEAN? Aktiviti ini memperkenalkan evolusi pelbagai bentuk dan pengenalan mengenai mata wang berbentuk aneh dan ganjil negara-negara ASEAN. Sesi ini disusuli dengan aktiviti amali yang menguji kemahiran adik-adik menghasilkan wang berbentuk aneh dan ganjil menggunakan tanah liat.

Do you know the ASEAN countries history of unusual and odd shaped currency? This activity features a historical background of unusual and odd-shaped ASEAN countries currency. It will be accompanied by a hands-on activity to challenge the children’s capability in creating the best unusual and odd shaped money using modeling clay.

Aktiviti Menghias Kek (Bendera Negara-Negara ASEAN) (7-17 tahun)

Cake Decorating Activity (Flag of ASEAN Countries) (7-17 years old)

Program ini direka khas untuk memupuk kreativiti adik-adik dalam mengenal pasti bendera negara-negara anggota ASEAN. Adik-adik akan dapat membezakan ciri-ciri unik pada bendera negara-negara anggota ASEAN melalui hiasan di atas kek.

This hands-on programme for children is specially designed to cultivate children’s creativity and in identifying 10 ASEAN members’ countries’ flags. Children will be able to distinguish the ASEAN countries’ flags features on the cake design.

Kenali Duit Syiling Peringatan (13-17 tahun)

Knowing Commemorative Coins (13-17 years old)

Taklimat selama 45 minit ini bertujuan memperkenalkan duit syiling peringatan ASEAN keluaran Bank Negara Malaysia. Adik-adik akan lebih memahami idea disebalik duit syiling peringatan tersebut.

This 45 minute talk aims to introduce the ASEAN 2015 commemorative coins issued by Bank Negara Malaysia. Participants will better understand the idea behind ASEAN commemorative coins.

Warna-warna ASEAN (3-6 Tahun)

The Colours of ASEAN (3-6 years old)

Aktiviti mewarna ini diinspirasikan daripada pameran koleksi tetap ASEAN yang terletak di Galeri Seni.Peserta akan mempelajari bagaimana mengenal pasti bentuk dan warna berdasarkan karya-karya yang dipamerkan

This is a colouring activity which is specially designed around the ASEAN permanent collection at the Art Gallery. Participants will learn to extract basic shapes and colours based on the permanent ASEAN paintings collection.

Terokai Dunia Kewangan (7-12 tahun)

Fun with Finance (7-12 years old)

Mengapakah wang penting dalam kehidupan seharian kita? Fahami faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan di dalam sistem kewangan Malaysia serta konsep-konsep asas ekonomi.

Why is money important in our daily life? Understand the factors that cause changes in the financial system and comprehend the basic concepts of economics.

Beg Seni Saya (7-12 tahun)

My Art Bag (7-12 years old)

Adik-adik akan diberi sebuah beg yang mengandungi bahan-bahan aktiviti dan alat tulis. Kandungan aktiviti ini, mengentarakan asas-asas penghayatan seni visual dan disusuli dengan aktiviti yang menggalakkan adik-adik menghasilkan karya seni masing-masing.

Participants will be given a special bag consisting of activity kits and stationery. The contents of this programme feature the basics of visual art appreciation as well as an accompanying activity aimed at encouraging students to experience creating their own art pieces.

Kenali Mata Wang Anda (7-12 tahun)

Knowing your currency (7-12 years old)

Pelajari ciri-ciri keselamatan pada mata wang Malaysia dengan menyertai sesi taklimat dan amali yang membolehkan adik-adik mengetahui dengan lebih mendalam tentang mata wang Malaysia

Learn more about the security features of the Malaysian banknotes by joining this interesting talk and activity that allows children to gain more knowledge on Malaysian currencies.

Kelas Melukis – Tugu dan Bangunan Ikonik Negara-negara ASEAN (7-12 tahun)

Drawing Class – Iconic Monuments and Building in ASEAN Countries (7-12 years old)

Adik-adik akan diajar cara melukis gambar bangunan tinggalan sejarah dan bangunan ikonik dari negara-negara ASEAN , dengan menggunakan pastel minyak.

Children will be given a fun lesson on how to draw iconic monuments and buildings in ASEAN countries, using oil pastels.

Penjagaan Koleksi Seni Visual (7-12 tahun)

Looking After Art (7-12 years old)

Sesi taklimat ini membincangkan minat terhadap koleksi seni serta penjagaannya. Adik-adik akan didedahkan kepada pelbagai kaedah lukisan ASEAN dan boleh menyertai aktiviti amali selepas taklimat ini.

A talk session about interest in art as well as looking after the collection. Children will be exposed to different types of ASEAN painting’s strokes and can participate in a hands-on activity after the talk session.

Susun suai Duit Syiling Peringatan Gergasi ASEAN 2015 (7-17 tahun)

ASEAN 2015 Commemorative Coins Giant Puzzle Race (7-17 years old)

Uji kemahiran adik-adik dengan cabaran susun suai duit syiling peringatan ASEAN 2015 yang bersaiz gergasi dalam masa 45 minit dan menangilah hadiah. Adik-adik berpeluang mengenali elemen-elemen visual yang digambarkan pada syiling peringatan berkenaan

Test your skills in completing a giant block puzzle with the image of the ASEAN 2015 Commemorative Coin within 20 minutes and win a prize. Children will get the opportunity to identify visual elements displayed in the commemorative coins.

Kenali ASEAN Melalui Seni (13-17 tahun)

Knowing ASEAN Through Art (13-17 years old)

Adik-adik akan diterangkan tentang pameran seni ASEAN, dan diberi lembaran kerja khas mengenai pameran tersebut. Hadiah akan diberikan kepada adik-adik yang berjaya menjawab kesemua soalan di lembaran kerja tersebut dengan tepat.

Children will be briefed about the ASEAN art exhibition and be given a specially designed worksheet based on the current ASEAN art exhibition. At the end of this activity, children who correctly completed the worksheet will be given gift.

Aktiviti Menghias biskut Duit Syiling (7-17 Tahun)

Coin Cookies Decorating Activity (7-17 years old)

Program amali ini direka khas untuk memupuk kreativiti adik-adik dengan menghiasi biskut berbentuk syiling.

This hands-on programme for children is specially designed to develop children’s creativity by decorating and designing their own coin cookies.

Ceramah Mengenai Keselamatan Kanak-Kanak dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (7-17 Tahun)

Talk on Child Protection and Self-Defence Demostration (7-17 years old)

Ceramah mengenai kepentingan keselamatan kanak-kanak oleh penceramah daripada PDRM. Adik-adik serta ibu bapa akan didedahkan kepada pelbagai jenis jenayah yang melibatkan kanak-kanak seperti jenayah culik, penyeludupan kanak-kanak, buli dan rogol. Di akhir sesi ceramah ini,adik-adik berpeluang melihat demonstrasi seni mempertahankan diri selama 15 minit.

A two hours talk session about the importance of child protection by a speaker from PDRM. Children and parents will be exposed to different types of crimes involving children such as kidnapping and child trafficking, bullying and rape. At the end of the session there will be a 15 minute self-defense demonstration.

Sesi Bercerita : Cerita Rakyat Negara ASEAN (Terbuka kepada Semua)

Story-Telling Session: ASEAN Countries Folklore (Open)

Sempena dengan tema “Warna-warna ASEAN, adik-adik digalakkan memakai pakaian kebangsaan dan akan dihiburkan dengan kisah-kisah tauladan dari negara-negara ASEAN.

In conjunction with the “Colours of ASEAN” theme, children are encouraged to come dressed in their national costumes and will be entertained with stories centering on ASEAN countries folklore.